There is a purpose in meeting people in life, some are there to test you, some will use you, some will teach you, and some will bring out the best in you.
My photo
Life is like a piano. White keys are happy moments & Black are sad moments. But remember both keys are played together to give sweet music.

Saturday, 24 May 2014

Aku tak boleh bohong dengan diri sendiri; aku rindu dia, amat sangat. 

Tak boleh dinafikan, aku memang nak balik masa-masa dahulu; terasa betapa bahagia diri ni.

Memang teringin nak mulakan perbualan satu hari nanti, tapi tiap kali memang hati ini rasa kurang yakin dengan diri sendiri. 

Takut tak dibalas. Takut difikir sebagai annoying. Takut macam syok sendiri bak peribahasa bertepuk sebelah tangan.

Kalau macam ini, tak apa lah. Aku mengalah dengan hal ini sekali lagi untuk tak wc dia. 

Mungkin satu hari nanti dia yang akan terasa rindu? In sha Allah.

Rindu.

Friday, 16 May 2014

Aku tak pasti kenapa, tapi aku mula merindu dia. 
Aku tahu aku tak sepatutnya rindu. 
Salah. 
Aku bukan sesiapa, hanya seorang kawan. 
Kawan yang baru aku kenal. 
Entah. 
Aku suka dia? 
Apa sebab aku suka dia? 
Apakah aku hanya tertarik semata-mata paras rupanya cantik dan elok? 
Mungkin. 
Kerana aku tidak begitu kenal dia, baru sahaja. 
Silap aku pun. 
Aku menaruh harapan yang tinggi pada dia dan sekarang harapan itu hancur. Aku tidak sepatutnya mengharapkan dia.
Patutkah aku mula berbual dengan dia? 
Atau tidak? 
Aku rindu.

Entah, aku bingung.